Apa had umur untuk memandu bersama Dash?
Anda harus berumur 21 tahun dan ke atas untuk layak menjadi seorang pemandu Dasher.
Apa yang saya perlu miliki sebelum mendaftar sebagai seorang Dasher?
- Telefon pintar
- Kad pengenalan
- Lesen memandu yang sahih
Adakah peluang ini terbuka kepada warganegara luar?
Tidak, Dash hanya terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
Perlukah saya melengkapkan sesi latihan selepas mendaftar?
Ya, anda perlu menjalani satu sesi latihan atas talian melalui aplikasi Dash selepas mendaftar untuk menjadi Dasher yang sah.
Apakah kemahiran bahasa yang diperlukan bagi Dash?
Harus boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Apakah kawasan liputan perkhidmatan Dash?
Buat masa sekarang, Dash beroperasi di Lembah Klang, Johor Bahru dan Penang.
Nantikan perkembangan Dash di kawasan lain!